Monday, May 25, 2015

Bersendirian bukan bermaksud aku kesepian



Aku selalu meyakinkan diri sendiri yang aku mampu hidup bersendirian
Aku sentiasa berkata yang aku tidak kisah hidup keseorangan

Tapi aku tahu.. itu semua ada batasnya
ya, aku mengaku
Daripada berada dalam lautan manusia,
Aku lebih suka duduk berseorangan..

Aku rimas.
Kadang  kadang perasaan rimas itu datang semasa aku dikelilingi ramai orang

Aku mengaku
Aku benci berada di tempat yang sesak
Aku tak suka tempat yang penuh dengan manusia
Aku akan jadi panik
Aku akan jadi pening
Aku akan jadi hilang arah

Aku mampu tahan bunyi bising
Aku tak terganggu dengan bunyi bising asalkan ianya tak membawa mudarat

Tapi bila berada di lautan manusia
Bunyi bising itu merimaskan
Bunyi bising itu menggnggu aku

Aku tahu, 
yang sebenarnya,
Aku tak mampu hidup keseorangan.
Manusia ini haiwan..
Haiwan yang boleh bercakap dan juga haiwan yang bersosial

Manusia tak boleh hidup seorang
Rasulullah juga ada memberi perumpamaan..
Muslim yang keseorangan lebih senang diserang oleh syaitan berbanding Muslim yang berada dalam Jemaah

Perkara itu tak boleh disangkal lagi
Manusia tidak boleh hidup tanpa bersosial
kerana ... manusia memerlukan antara satu sama lain

Tapi, sosial ada batasnya
Manusia macam aku tidak mampu menanggung sosial yang berlebihan

kadang - kadang aku tak faham juga dengan diri aku..
Aku lebih suka bersendirian
Aku kurang gemar berjalan jauh
Aku kurang gemar membeli belah barang yang tak perlu
aku kurang gemar keluar dari rumah sehari suntuk..
sebab apa?

Tenaga aku cepat habis
Bila aku keluar jalan - jalan untuk jangka masa yang lama
aku akan jadi lemah
tenaga aku akan hilang

tahap sosial aku ada batasnya
aku tak boleh bersama manusia 24 jam
aku perlu bersendirian untuk kembalikan tenaga semula

Dan aku bersendirian bukan bermakna aku kesepian
Kerana Allah sentiasa ada memerhatikan hambaNYA
termasuklah aku

No comments:

Post a Comment

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...