Monday, July 5, 2021

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas



8 Februari 2020

5.20 pagi 


Suasana suram

Kesedihan menyelubungi diri

Kami kehilangan 

Seorang insan yang amat kami sayangi


Insan yang tidak pernah mengeluh

Insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah

Insan tempat kami bergantung harap

Insan yang memberikan kasih sayangnya tanpa berbelah bahagi 


Abah

Kami kehilangan Abah

Secara tiba - tiba 


Sungguh ini adalah perkara yang amat menggerunkan aku

Aku selalu berfikir mengenai kehilangan 

Namun tidak ku sangka akan ku alami seawal ini 


Kosong

Perasaanku sangat kosong


Setelah diisytiharkan bahawa Abah sudah tiada

Aku rasa sangat kosong

Tiada air mata yang mengalir di saat itu

Segalanya berlaku dengan pantas

Semuanya sedang cuba menghadam berita perit ini

Perasaan berkecamuk dan keliru dengan segalanya 


Sehinggalah 

Realiti menerpa

Air mataku tidak berhenti - henti mengalir

Sungguh ku berharap itu semua adalah mimpi ngeri semata

Ku cuba mencubit tanganku

Berharap segalanya bukan realiti


Namun ianya adalah sepahit -pahit realiti yang perlu ditelan 

Segalanya adalah realiti yang perlu dihadapi 


Ya 

Benar

Abah sudah tiada


Remuk redam hati ini hanya Allah yang tahu

Segala perasaan berkecamuk di dalam hati

Penyesalan langsung tidak berguna lagi 


Kini sudah hampir satu tahun 5 bulan pemergiannya

Aku redha

Namun kesedihan yang menerpa tidak dapat dielakkan 


Ramadhan 2020 adalah Ramadhan pertama tanpa Abah di sisi 


Syawal 2020 juga adalah Aidilfitri pertama tanpa Abah di sisi 


Situasi sekarang yang memerlukan rakyat hidup dengan norma baharu

menghadapi pandemik juga seakan memahami kehilangan ini


Tiada gambar raya pada tahun ynlang lalu

Ah, hatta baju raya juga tiada 

Sungguh kehilangan ini sangat besar dan secara tiba - tiba perasaan melankolik itu hadir 


Mengakibatkan air mata mengalir membasahi pipi 

Hati ini sakit seperti ditusuk berkali - kali dengan sembilu 


Kehilangan ini 

Sungguh menyakitkan 


Semoga tenang di sana wahai Abah yang amat ku sayangi 

Semoga kita bertemu lagi di syurga kelak


Along sayang Abah 

Selamat tinggal Abah 

Memori bersama tersemat di hati bersama air mata yang mengalir membasahi pipi

Ditemani rindu yang tiada penghujung

Yang tidak akan pernah terbalas 





Saturday, October 13, 2018

New journey


Assalamualaikum w.b.t

Lama dah aku tak menaip kat blog satu nih.. Sawang tak payah cakap.. Berpintal² ni haaaa.. Fuhhhh

Last aku post tahun lepas rasanya after dapat tahu tak passed interview..

And guess what??

Tahun ni Alhamdulillah I passed.. Cantikkan aturan Allah? Hati aku remuk redam tahun lepas telah Dia ubati dengan berita gembira ini

Sujud syukur ku padaMU

And guess another what?

Aku dapat posting di Melaka juga
Tanah tumpah darah ku
Ahhhhhh alangkah bahagianya
Rezekiku di negeriku sendiri

"Maka nikmat apakah lagi yang kau mahu dustakan?"

Sungguh. Aku bersyukur dengan aturan ini. Alhamdulillah.. Ini mengajar aku menjadi lebih yakin dengan ketentuanNYA.. Segala yang ditentukan pasti ada hikmahnya.. Everything happened for a reason.. Have their own reasons

Perpisahan berbaki masa 2 hari lagi.. Dan kurang dari seminggu akan bermulanya sebuah pertemuan..

Doakan aku ya. 😊

Luah

Seringkali
Aku memikirkan
Bagaimana harus aku
Luahkan
Segala isi hati yang terbuku

Seringkali
Lidahku terasa kelu
Kata-kata ku mejadi bisu
Pergerakan ku menjadi kaku
Perasaan yang terbuku
Untuk ku luahkan tidak termampu

Aku sedang gembira
Aku sedang derita
Aku sedang kecewa
Aku sedang bahagia

Ahhhhh
Mengapa sukar bagiku
Untuk meluahkan segala
Perasaan yang terbuku

Mengapa sukar bagiku
Untuk merasakan
Apa yang ku rasa
Dengan bebas?

Sungguh
Perkara ini seringkali
Membuat aku tertekan

Aku penuh dengan emosi
Aku penuh dengan perasaan
Aku penuh dengan cinta
Namun semuanya
Tidak terluah
Dek kerana diriku
Yang amat susah
Untuk di mengerti
Hatta bagi diriku sendiri

Rindu
Suka
Benci
Sayang
Prihatin
Marah
Kecewa
Terkilan
Sedih
Gembira

Semuanya ku pendam
Ku pendam di lubuk hati
Tidak ku luah di kala itu
Ku pendam selama mungkin

Dan di suatu hari
Semuanya terluah
Dengan tidak terkawal
Semuanya diluah
Tanpa aku mahu mengawal

Perasaan
Mengapakah sukar untuk ku luahkan?

https://my.w.tt/8WBZ8G6yXQ

Saturday, December 23, 2017

Useless thoughts

Gambau pelangi aku tangkap kat asrama
Aku warden wehhh bhahahahahaha


Assalamualaikum W.B.T
Hahha.. tetibe terasa nak lawat blog.. Sawang tebal nauuuu hahha *still the same lame words lol*

So sape2 yang jadi mangsa tu baca lah my rambles yang entah hape2 ni. ?? mcm la ada orang baca lol//

Well, entahla.. sekarang dah akhir tahun 2017 like tak sampai seminggu lagi nak habis
yang bermaksud, aku akan melangkau angka 25 tahun depan.. that's half 50 *negative thinking* hahha

I already found a job.. My dream job.. A teacher.. I love it.. Setakat ni rezeki masih kat sekolah swasta.. Takde rezeki lak nak lepas interview masuk bawah KPM.

Seriously masa aku tengok keputusan interview, I have a little bit of hope that I will pass.. I want it real bad.. But sadly, I didn't make it. The words "Maaf. Anda tidak berjaya" slap me real hard in the face. My mother dekat depan mata kot masa aku cek. She must be really disappointed eventhough she didn't show it at all.

Aku sebagai anak sulung ni haaa memang tak la nak menangis terus depan adik adik aku kan. So, aku masuk dalam bilik. I do believe everything happen has their own wisdom. I tried to accept it with open heart. Consoling myself that I can try again and do better. But still, I'm not that strong.

Dok fikir yang mak aku mesti rasa kecewa punya lah dengan aku buat aku terus menangis. All I say at that time "Maaf mak. Mak mesti kecewa dengan Along" as I sobbed real hard in my room.

Maybe I'm a bit shock too because I rarely failed in anything that I do. Well, tipu la kalau kata tak pernah gagal. Of course ada gagal tapi jaaaarang sangat and  this happened when I really need a stable job for my future, to lessen my parents' burden and to give back to them make me lost.

Aku pujuk je diri aku.. Aku redha je.. Semua ada hikmahnya and aku serius percaya benda tu dan selamanya akan percaya.

While I'm scrolling my instagram after I feel a bit better, there's a quote that hit me real hard again

"Kadang2 kita tak berjaya bukan kerana kita tak cukup usaha, mungkin kita tak cukup berdoa minta dariNYA"

Yes, I do agree with that quote. Quote ni datang tepat pada waktunya. Bangkitkan aku dari lena. Tak semestinya aku akan berjaya dalam apa yang aku nak. Mungki aku dah usaha tapi bab doa aku culas. Teguran dari Allah memang cantik lah.

As time goes by, I already accept the reality. I just focus on my current job. Will try my best and also perbaharui niat dalam mengajar. I do love this profession so much. 

Tapi manusia kan, mesti ada satu masa diorang akan fikir useless thoughts and broke down on the spot. Lately, aku selalu broke down like kadang2 for no reason. 

Aku nak masuk 25, kadang2 tengok kawan tu dah kahwin aku sedih. Tengok kawan lain lepas interview aku sedih. Tengok kawan yang tu pulak belanja mak ayah dia aku sedih. Tengok kawan tu cantik or kurus aku sedih. Soooo insecure. Penyakit hati tahap petala ke berapa pun tak tahu lah. 

At the middle of the night, I will sob alone and cried. Orang kata kalau sedih nangis je la. Lagi bagus dari pile up everything till you cannot bear it anymore. That's dangerous. So aku nangis je la. But the most useless thought that take up all my head is how I am a disappointment to my parents. 

Aku ni degil. Macam mak aku nasihat bukan nak ikut. Entah la. Kadang2 aku terfikir kenapa la aku macam ni. Kawan lain semua jaga badan, jaga muka, pakai baju lawa2, belajar make up lawa2 dsb. Sampai kat aku haraaam aku tak tau apa. Like I even wondering how did they dooo that. LOL. 

Takde motivation langsung dalam diri aku untuk tu semua. Mak aku dari aku umur 18 tak berhenti2 suruh aku kuruskan badan. But aku still tak dengar. I don't know why I'm so stubborn and childish.

Adik2 aku lagi matang dari aku. Kadang2 aku rasa malu jugak. 

Entahla.

Quote

"A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other…Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
— Dave Matthews

Tuesday, October 27, 2015

Song Recommendation



Assalamualaikum blog ku yang kusam.. hahha

Nah song recommendation dari aku..
Levitasi..

Macam biasa, lagu2 Fynn Jamal mana ada guna bahasa biasa2 ni..
Bahasa perlu yang tinggi dan rima sedap punya..
featuring Malique pulak tuh.. 

Lagi la deep dan banyak makna tersirat di situ..
Selamat enjoy.

Adooi bahasa aku... bercampur campur dengan B.I
nak nangis rasa..

Bye. T.T

Thursday, June 11, 2015

I'm Sorry



Assalamualaikum duniaaaaa... blogger... 

Apa kabau semuaaaa?? Semoga sihat sahaja hendaknya lah ye..

Kalau korang tengok kat gambau atas u mesti tahu dah kan aku said sorry sebab apa..
Yap!!
sebab aku rabuunn... hahha

well, aku ada rabun, but not that bad
power cermin mata aku around 100 je pun.. so rabun memang tak tinggi..
masalah yang aku hadapi hanyalah tak nampak tulisan dari jauh and tak nampak muka orang dengan jelas..
Disebabkan itu la aku tak pakai spectacle..
aku just pakai dalam kelas aje..
kadang2 kawan yang jarang jumpa ni dok lambai je, siap panggil nama aku plus senyum seindah suria yang membawa cahaya lagi..
tapi aku tak berani nak balas sebab aku seriously tak nampak sapa yang dok lambai and senyum kat aku tu..
kang salah orang aku yang malu dohhhhhh
so aku amek la jalan selamat..

last2 bila dah dekat kawan aku kata aku sombong sebab tak balas lambaian ngan senyuman
aduhai... patah hati.. 
bukan sombong la cek kak sayang
aku tak nampak...
sobs..

agak sedih ah bila jadi gitu...
tapi best jugak weh kalo rabun ni sebenaunya
orang kata leh jaga pandangan..
hahh aku pandang je sape2 padahal tak nampak..
kahkahkah...

tapi kalo korang rabun tahap dewa teruknya x yah la carik nahas weh,.
pakai la cermin mata ke, contact lens ke..
bukan sebab nak jaga pandangan ke ape bukak tu..
aku takut korang tersembam jatuh je..
aku tak mau tolong..
hahha

apa2 pon.. I'm sorry la pada sape yang pernah mengalaminya.. huhh

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...