Friday, March 9, 2012

Jom Belajar bersama (part 1) ^_^ !! هيّا ندرس معا

....السلام عليكم أيها القارئ الأعزاء

Pada hari yang berbahagia ini aku dengan excitednya nak kongsi dengan korang mengenai 'dhomir' atau dalam bahasa melayu 'kata ganti nama@diri'... Korang yang tak pernah belajar bahasa arab pun pernah jugak dengar dan pernah sebut pun pasal bende nih secara sedar atau tidak sedar.. Yelah dalam cerita lama2 zaman dedolu atau lebih spesifiknya cerita P.Ramlee selalu sebut 'ana', 'ente', 'enti' dan macam2 lagi.. Then korang pon dengar macam best je.. so korang pun ikut cakap sekali.. HAA!! untuk pengetahuan korang semua itulah dhomir.. ^___^ .. 

Ini rajahnye... aku cilok dari website orang je.. ak tak reti nak buat cantik2 camni..



nih link website baik hati tuh:  http://arabmykrk.com

Baiklah... sekarang aku nak jelaskan iku pemahaman aku... maaf dipinta jika lepas korang baca nih tp still tak faham.. anyways rujuk gambar atas nih yer kalau CONFUSE
هو
digunakan ketika bercakap mengenai seorang lelaki di mana ketika itu si fulan tiada dengan kita dan bukan di hadapan mata kita.. dalam kata makna lain 'dia - lelaki'                                                                                                     
هما
digunakan ketika bercakap mengenai dua orang lelaki dan pada ketika itu diorang takde dengan kita dan bukan di hadapan kita.. kita panggil dalam bahasa melayu 'mereka berdua - lelaki'
هم
digunakan  ketika bercakap mengenai sekumpulan atau spesifiknya lebih dari 3 orang yang berjantina lelaki di mana mereka ketika itu tidak berada dengan kita dan takde pun kat depan kita. selalunya kita panggil mereka..
هي
Yang ini pula ditujukan kepada seorang perempuan.. diulangi SEORANG.. bukan dua dan bukan tiga.. samalah keadaannya denga 'huwa' diatas.. ketika kita bercakap tentang dia, si fulanah ni takde pun dengan kita dan memang ghaib laa dari kita
 هما
Yang nih pulak.. penggunaannya sama dengan 'huma' diatas .. Lelaki dan perempuan yang berjumlah 2 orang sahaja menggunakan kata ganti diri ini..
هن
Yang ini pula berkait rapat dengan 'hum'. cuma jantinanya sahaja yang berubah.. ini digunakan untuk sekumpulan perempuan yang mengandungi 3 orang ahli atau lebih.. 
أنتَ
Haaa!! yang ini confirm korang familiar punye laaa... Ini digunakan untuk seseorang yang berjantina lelaki dan orang itu ada dengan kita betul betul depan mata kita.. maksudnya kita bercakap dengan dia laa.. atau in BM nya,, AWAK.. -lelaki laaa...
أنتما
Untuk yang ini pula ditujukan kepada dua orang yang berjantina lelaki di mana mereka kedua2 nya ada dengan kita dan memang trang tang tang depan biji mata kita .. sama seperti hal 'anta', kita bercakap dengan mereka.. so kita guna kata ganti nama nih..
 أنتم
bagi yang ini pulak.. ianya ditujukan kepada sekumpulan lelaki yang berjumlah 3 orang atau lebih di mana pada ketika itu kumpulan itu bersama dengan kita... 
أنتِ
Yang ini pulak versi perempuan bagi 'anta'.. 'anti' namanye.. bukan anti yang benci2 tuh eh.. Haa yang ini pun ditujukan kepada seorang perempuan di mana ketika itu dia ada dengan kita... 
أنتما
Yang ni tgk description untuk antuma kat atas tu balik.. sama je penggunaannya.. 
أنتن
Versi perempuan bagi antum.. disebut sebagai antunna.. haaa yang nih lawan laa bagi antum tuh.. ditujukan kepada sekumpulan perempuan ...
أنا
Yang nih pun familiar jugak.. haa yang ni kata ganti nama / diri untuk diri kita sendiri.. in BM nya saya... So sape yang name panggilan ana tuh maksudnya saya laaa... hehehe
نحن
Ni pula ditujukan kepada kumpulan yang kita ade bersama.. atau lebih mesra dikenali dalam Bahasa Malaysia .. KAMI ataupun KITA.. yays!!




nak hafal bende nih mudah je.. ikut step ni ye..



  1. Angkat tangan korang letak depan mata dan pastikan tapak tangan menghadap muka anda
  2. Perhatikan garis2 melintang pada setiap jari 
  3. Mulakan dengan jari kelingking, garis di bahagian bawah adalah huwa dan naik2 sehinggalah ke ibu jari.. lihat gambar tadi ya.. yang penting mula dari garisan bawah..
  4. Jari kelingking utuk huwa dan familynya
  5. Jari manis untuk hiya dan familynya
  6.  Jari tengah untuk anta dan familynya
  7. Jari telunjuk untuk anti dan familynya
  8. Ibu jari untuk Ana dan Nahnu 
SELAMAT BELAJAR 

* x jumpa laaa gambau tapak tangan camtuh.. maaflaa ye.. 


tp kotak ni aku pandai laa buat hehehee

cube letak tapak tangan depan nih and menghadap kearah korang.. InsyaALLAH korang akan faham :D



ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...