Thursday, May 28, 2015

Story behind my obsession




Assalamualaikum everyone..

Walaupun aku tau yang baca ni aku ngan Tini je~ hahha
Tu pun kalau dia baca.. :P

Entry kali ni aku nak merapu jap pasal obsesi ku terhadap awan
Ni semua kes tak sdar diri yang ada exam pukul 3 petang japgi.. adoii
kalo sapa2 yang follow insta aku mesti tau dah
most of aku punya gambau dalam tu adalah awanssss


Well, actually aku memang suka tangkap gambar
Means, tangkap gambar sekeliling la
Tapi, pada suatu masa dahulu aku pakai henset cokia ja
paham2 la kamera cokia tu berapa MP la sangat kan.

So, kadang2 kalo tangkap gambau tu asal dapat tengok and tak kabur Alhamdulillah
Tapi kalau nak tunjuk kat orang memang tak la..
Dah aku merapu apa tetibe..

Aku nak cerita camana aku terobses dengan awan ja.. lol

Cenggini ceritanya.
Alkisahnya, manusia ni ada pasang surut kan emosi dan juga perasaannya
Makanya, aku terlemas sebentar dalam emosi itu atau aku boleh kata sebagai depression la

Apa yang sebabkan aku depress?
Well, aku pun tak tahu apa pasal
benda tu jadi masa aku 2nd year 2nd sem
Dari mula sem lagi aku set kat minda dah "malasnya nak belajar"
Guess what?
It affects the wholeeee semester likeeee goshhhh

Sepanjang semester tu aku rasa aku macam tak hidup weh
Emosi dah la terganggu
Overthinking lagi
Seriously aku tak boleh senyum
I just faked it in front of people

Masa tu aku benci semua orang
Aku benci tempat crowded
Apa yang aku nak buat just terperap dalam bilik je kalau boleh
Aku taknak jumpa sesiapa pun

Aku taknak pergi kelas langsung
Tapi pikirkan duit mak aku berjuta habis antau aku belajau
Pikirkan yang aku nak jadi cikgu satu hari nanti
pikirkan yang pergi kelas itu adalah AMANAH
Aku seret je badan aku pergi kelas
Hati dah kelaut dah
Emosi kacau bilau

Di saat itulah hati aku digerakkan untuk pandang awan
SUBHANALLAH.. masa2 begini lah baru aku perasan betapa cantiknya ALAM
Sebelum ni aku just lihat je tanpa meneliti

Sejak hari tu, on the way pergi kelas aku akan pandang awan
hati aku terubat sedikit
aku jadi tenang
hilang segala masalah

Masa tu, aku dah pakai CORBY okay
sooo, aku eksen ah tangkap gambau
konon guna DSLR..
hahha

Malangnya, Corby hilang
aku kembali ke cokia

Melihatkan keadaan aku yang sedih lagi hiba itu
Abah aku pun bagila aku LENOVO S850
sebabnya adik aku merengek nak whatsapp
katanya susah nak discuss dengan kawan di zaman whatsapp sekarang nih

Abah beli henfon baru untuk dia
aku pun dapat sekali
patutla adik2 aku jealous dengan aku..
kahkahkah
diorang panggil aku anak manja
like hellowww aku bukan okay
ke aku je tak perasan :P

well aku anak sulung okayyyy
aku deserve laaa..
kahkahkah

Aku seronok gila dapat henset baru
Bonusnya kamera cantik bhaiiiii
kamera blakang 13 MP kamera depan 5MP
aku tak heran yang lain janji kamera chantekkkk

Memang la aku rasmikan kamera henset dengan tangkap gambau awan
Asal keluar je, pandang awan then SNAP!!

Bersyukur sangat Alhamdulillah..
Allah hantarkan awan kepada aku sebagai hiburan hati

Sebabnya salah aku juga jadi gitu
Macam orang takde agama
Dulu rajin je solat sunat
sekarang apehal tak boleh
Memang hipokrit la aku
kena MUHASABAH semula
START semulaaa... 

"Kalau tak nak buat semua, jangan tinggal semua"
Ingat la kata - kata tu Fariha


Tu je la nak bebel.
Sebelum tutup nak belanja gambau awansss kejap

















Semua ditangkap guna S850 tanpa edit ye
Kalo kat insta tu aku edit la sikit guna filter dia yg mabeles la jugak tu
Hensem tak kekasihku si awan??

Dahla. tu je.
Salam.
Selamat pagi buta.

EXAM LA FARIHA OIIIII

Monday, May 25, 2015

I admit


I admit
This is me
I'm the worst in expressing my feeling
I'm the worst when it comes to words

Maybe because of the lack of confidence
Maybe because the one that I like is too good for me
I just suppress my feeling 
deep in my heart

I admit
I am a person 
who easily fall in love with someone
I do hate myself for that
Sometimes, even pitying myself for that
Always jump into an unrequited love

I am a Muslimah for goodness sake
Islam has taught its followers to be careful on what you see
Be careful on what you think
Be careful on what you hear
Be careful on what you feel

Me as Muslimah, must follows those rules
But, I admit
It's hard
I'm not a strong person
I'm always trapped

O Allah
Help me
Make me stronger
Avoid me from this feeling
I'm weak without Your help


I do hope that my heart will be stronger and not easily fall in love with someone though
It's hurt
and I feel ashamed
Truly ashamed!!

Bersendirian bukan bermaksud aku kesepian



Aku selalu meyakinkan diri sendiri yang aku mampu hidup bersendirian
Aku sentiasa berkata yang aku tidak kisah hidup keseorangan

Tapi aku tahu.. itu semua ada batasnya
ya, aku mengaku
Daripada berada dalam lautan manusia,
Aku lebih suka duduk berseorangan..

Aku rimas.
Kadang  kadang perasaan rimas itu datang semasa aku dikelilingi ramai orang

Aku mengaku
Aku benci berada di tempat yang sesak
Aku tak suka tempat yang penuh dengan manusia
Aku akan jadi panik
Aku akan jadi pening
Aku akan jadi hilang arah

Aku mampu tahan bunyi bising
Aku tak terganggu dengan bunyi bising asalkan ianya tak membawa mudarat

Tapi bila berada di lautan manusia
Bunyi bising itu merimaskan
Bunyi bising itu menggnggu aku

Aku tahu, 
yang sebenarnya,
Aku tak mampu hidup keseorangan.
Manusia ini haiwan..
Haiwan yang boleh bercakap dan juga haiwan yang bersosial

Manusia tak boleh hidup seorang
Rasulullah juga ada memberi perumpamaan..
Muslim yang keseorangan lebih senang diserang oleh syaitan berbanding Muslim yang berada dalam Jemaah

Perkara itu tak boleh disangkal lagi
Manusia tidak boleh hidup tanpa bersosial
kerana ... manusia memerlukan antara satu sama lain

Tapi, sosial ada batasnya
Manusia macam aku tidak mampu menanggung sosial yang berlebihan

kadang - kadang aku tak faham juga dengan diri aku..
Aku lebih suka bersendirian
Aku kurang gemar berjalan jauh
Aku kurang gemar membeli belah barang yang tak perlu
aku kurang gemar keluar dari rumah sehari suntuk..
sebab apa?

Tenaga aku cepat habis
Bila aku keluar jalan - jalan untuk jangka masa yang lama
aku akan jadi lemah
tenaga aku akan hilang

tahap sosial aku ada batasnya
aku tak boleh bersama manusia 24 jam
aku perlu bersendirian untuk kembalikan tenaga semula

Dan aku bersendirian bukan bermakna aku kesepian
Kerana Allah sentiasa ada memerhatikan hambaNYA
termasuklah aku

A Long Journey


Assalamualaikum everyone~

walaupun aku tau, x da sapa yang baca selain aku..

Semenjak zaman whatsapp, tumblr segala bagai sekarang, memang blogspot aku pandang sebelah mata je.

Lama sungguh dah aku tak update kot.. Kali terakhir aku update masa EduFest tahun lepas..
Well, sekarang dah 2015 okeyyyy 2015 wa cakap sama luuu!

Pejam celik pejam celik (nasib celik balik, kalo tak... Innalillah) aku dah 3rd year 2nd sem dah dekat UIA ni.. Malah masa aku update entry ni, tengah final kot.. Means nak abes sem dah, and also means next sem, I am a 4th year student! 4th YEAR okayyyy...~

Nervous tahap gaban memang tak yah cerita la... Aku memang macam krik krik bila memikirkan masa depan ni.. Like.. Hellow Fariha.. Ko perasan tak yang ko dah nak habis belajau..
Dan kau akan ada practicum masa Final Year nanti.. Dah sedia ke Fariha oiiii~~

Seriously, aku tak sedia. Aku masih lagi tak matang. Perangai masih kebudak budakan.. Just badan je membesar gemuk tak nak kurus.. Taku kot nak hadapi masa depan.. Tapi, kita mana boleh undur ke belakang semula... Kalau ikut kata - kata cliche popular, "andai masa boleh di undur semula" memang aku nak jadi kanak - kanak je.. 

Semakin tua semakin banyak tanggungjawab.. Gerun nak hadapi dunia sebenar.. Dahla skill komunikasi aku tahap lemah.. Aku tak tahu la aku boleh ke tak survive dalam dunia pekerjaan..
Serious la kalau aku nak describe diri sendiri, aku ni seorang yang ambil mudah dlaam hidup..
Aku hidup pada masa sekarang.. Tapi tipula kalau kata aku tak fikir langsung masa depan..Aku fikir tapi tidak secara mendalam. hala tuju hidup aku tak pernah atur.. Aku tak pernah rancang.. aku tak pernah susun.. Aku ikut flow.. Aku struggle untuk survive.. aku tak letak harapan yang tinggi.. Aku tak ada expectation yang besar.. Aku hanya go with the flow and being grateful for living.. Itu yang aku boleh describe..

Tapi kadang - kadang, rasa syukur tu hilang.. Aku selalu cemburu tengok kejayaan orang lain.. Memang aku tak pernah harapkan kejayaan mereka hilang.. Aku tak dengki.. Aku hanya cemburu.. Tapi, tidak dapat tidak aku akan blame diri sendiri.. Kenapa aku tak boleh berani macam tu? Kenapa diri aku masih tak berubah sedangkan dunia berubah dengan pantas? Ya, Ianya memberi impak positif dan negatif.. Tapi dunia sekarang menggerunkan..

Kau tak ada skill kau takkan survive.. Kau kena kuat... Tapi aku? Memang aku risau masa depan... Tapi aku masih aku... I'm expecting but not too big.. I'm hoping but not too high.. Because if you hoping and expecting more, you will hurt more when it does not meet your expectation.


Semoga berjaya menempuh hidup, wahai seorang Fariha! 

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...