Monday, July 5, 2021

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas



8 Februari 2020

5.20 pagi 


Suasana suram

Kesedihan menyelubungi diri

Kami kehilangan 

Seorang insan yang amat kami sayangi


Insan yang tidak pernah mengeluh

Insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah

Insan tempat kami bergantung harap

Insan yang memberikan kasih sayangnya tanpa berbelah bahagi 


Abah

Kami kehilangan Abah

Secara tiba - tiba 


Sungguh ini adalah perkara yang amat menggerunkan aku

Aku selalu berfikir mengenai kehilangan 

Namun tidak ku sangka akan ku alami seawal ini 


Kosong

Perasaanku sangat kosong


Setelah diisytiharkan bahawa Abah sudah tiada

Aku rasa sangat kosong

Tiada air mata yang mengalir di saat itu

Segalanya berlaku dengan pantas

Semuanya sedang cuba menghadam berita perit ini

Perasaan berkecamuk dan keliru dengan segalanya 


Sehinggalah 

Realiti menerpa

Air mataku tidak berhenti - henti mengalir

Sungguh ku berharap itu semua adalah mimpi ngeri semata

Ku cuba mencubit tanganku

Berharap segalanya bukan realiti


Namun ianya adalah sepahit -pahit realiti yang perlu ditelan 

Segalanya adalah realiti yang perlu dihadapi 


Ya 

Benar

Abah sudah tiada


Remuk redam hati ini hanya Allah yang tahu

Segala perasaan berkecamuk di dalam hati

Penyesalan langsung tidak berguna lagi 


Kini sudah hampir satu tahun 5 bulan pemergiannya

Aku redha

Namun kesedihan yang menerpa tidak dapat dielakkan 


Ramadhan 2020 adalah Ramadhan pertama tanpa Abah di sisi 


Syawal 2020 juga adalah Aidilfitri pertama tanpa Abah di sisi 


Situasi sekarang yang memerlukan rakyat hidup dengan norma baharu

menghadapi pandemik juga seakan memahami kehilangan ini


Tiada gambar raya pada tahun ynlang lalu

Ah, hatta baju raya juga tiada 

Sungguh kehilangan ini sangat besar dan secara tiba - tiba perasaan melankolik itu hadir 


Mengakibatkan air mata mengalir membasahi pipi 

Hati ini sakit seperti ditusuk berkali - kali dengan sembilu 


Kehilangan ini 

Sungguh menyakitkan 


Semoga tenang di sana wahai Abah yang amat ku sayangi 

Semoga kita bertemu lagi di syurga kelak


Along sayang Abah 

Selamat tinggal Abah 

Memori bersama tersemat di hati bersama air mata yang mengalir membasahi pipi

Ditemani rindu yang tiada penghujung

Yang tidak akan pernah terbalas 





Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...