Sunday, March 16, 2014

#PRAY FOR MH370





picture credit to owner
Assalamualaikum peeps... we meet again..!! Today, I have an opportunity to update this blog.. 

News paling hots di Malaysia, no bukan hanya Malaysia, di Dunia adalah berkenaan kehilangan sebuah pesawat MAS MH370 yang memuatkan 227 orang penumpang dan 12 orang kru telah hilang secara tiba tiba dari radar ketika dalam perjalanan dari Malaysia ke Beijing! Subahanallah~ serius aku terkejut plus sedih masa awal2 dapat tahu berita nih.. Kapal terbang yang besar macam mana boleh hilang secara tiba2 dari radar? kuasa Allah semuanya boleh berlaku.. :"(

Masuk hari nih dah lebih seminggu a.k.a dah 9 hari deme hilang and berita terbaru kapal terbang disahkan telah dirampas dan telah dibawa menuju ke tempat lain setelah semua sistem komunikasi dinyah aktifkan... ahhh.. apakah semua ini?? aku hanya mengharapkan mereka semua selamat sahaja.. Mungkin ada berita baik yang mereka semuanya masih hidup kerana jika kapal terbang terhempas, harapan mereka amtlah tipis..

Tapi apa yang membuatkan aku runsing plus keliru sekarang siapa yang rampas? dan aku bengang yang amat bila mereka kaitkan politikus Malaysia yang macam tuut ni dalam rampasan tuh.. OMG! I'm sick of dirty politics!!

Seriously ujian ke atas Malaysia datang bertimpa timpa.. first krisis air, di mana hujan x turun2 selama berbulan2 dan panasnya amat melampau.. kemudian isu denggi merata disusuli dengan kehilangan MH370 and disertai dengan jerebu yang teruk.. Allah betul2 mahu menguji hambaNYA..

Amat malu apabila ada pihak yang menjemput bomoh untuk turut serta dalam pencarian MH370.. amat malu.. sungguh.. :"( .. negara luar hanya menggelakkan kelakuan Malaysia dan mengejek Malaysia menggunakan Sihr.. ;A; aku serious malu.. aku sedih bila baca status pelajar di luar negara, lagi2 di timur tengar.. orang Arab menggelar Malaysia sebagai Sihr Tayr.. ;A; Allah Allah... Astaghfirullah.. Allah menghinakan Malaysia di mata dunia sebegitu sekali.. Maruah Malaysia tercalar dek perlakuan tersebut.. Sungguh memalukan!

Namun Allah masih sayangkan hamba hambaNYA meskipun kami semua banyak melakukan dosa dari suruhanNYA,, :'( .. setelah panas berpanjangan dan jerebu yang teruk, DIA dengan IZZAHNYA dan kasih sayangNYA telah menurunkan hujan rahmat ke atas Malaysia.. Alhamdulillah.. Subhanallah.. Aku sebak, hiba hatta aku tak dapat membendung lagi kesedihan dek kerana malunya aku kepada ALLAH.. Alangkah baik dan pemurahnya ALLAH.. masih lagi memberikan peluang kepada hambaNYA untuk bertaubat.. masih lagi menerima semua permintaan hambaNYA.. sungguh aku malu denganNYA.. :") .. Aku masih lagi sebak bila menyaksikan betapa hebatnya kekuasaan ALLAH ni.. ;A; .. juga hikmah di sebalik kehilangan MH370.. walaupun mungkin ianya konspirasi or whatsoever spekulasi, hikmahnya, semua rakyat Malaysia tanpa berbilang kaum dan agama bersatu padu mendoakan kesejahteraan penumpang juga negara2 jiran turut membantu dalam misi pencarian dan negara2 yang lain turut menghulurkan bantuan.. aku rasa terharu... Manusia masih mempunyai sifat tolong menolong dalam diri mereka.. tak kiralah ada agenda tersembunyi atau tidak.. segala bantuan yang telah dihulurkan amat2 dihargai.. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA NEGARA YANG TERLIBAT DALAM PENCARIAN MH370.. apa yang boleh dilakukan sekarang hanyalah berdoa semoga pencarian dipermudahkan, semoga pesawat dijumpai dan YA ALLAH.. elakkanlah dari konspirasi yang tidak di ingini berlaku ke atas Malaysia dan Ummat Islam.. Ya Allah selamatkanlah Islam... ;~;

Apapun, semoga segalanya selamat.. Kembalilah wahai MH370.. keluarga kamu semua sedang menanti kepulanganmu.. kembalilah degan selamat.. seluruh ummat menanti khabarmu.. Amiin.. Ya ALLAH lindungilah mereka dan berilah mereka peluang ntuk bertemu dengan keluarga mereka untuk kesekian kalinya.. Amiin..

#PRAYFORMH370

 





No comments:

Post a Comment

Kehilangan Yang Membawa Rindu Tidak Berbalas

8 Februari 2020 5.20 pagi  Suasana suram Kesedihan menyelubungi diri Kami kehilangan  Seorang insan yang amat kami sayangi Insan yang tidak ...